Elfira Loy Mengaku Cintakan Baim Wong?
Elfira Loy Mengaku Cintakan Baim Wong? | "Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim."
"Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim. Dengan Baim, saya okey tetapi. selama berkawan sejak dua tahun lepas, hubungan dan perbualan kami tidak ke arah kekasih atau saling mengucapkan cinta serta sayang." Kata Elfira kepada wartawan Kosmo.
"Apabila Baim tiba-tiba membuat pengakuan depan khayalak, lebih-lebih lagi dalam program TV yang disiarkan secara langsung, saya jadi tergamam, terkejut dan tidak lena tidur semalaman. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Baim itu, saya sebenarnya okey.
"Saya agak pelik tetapi mengambilnya secara positif. Dengan saya, dia (Baim) tak pernah pula cakap sayang-sayang tetapi dia bercakap konon-kononnya kami bercinta depan khalayak umum. Saya berasa itu merupakan satu penghargaan."
"Namun mengenali Baim yang suka berjenaka dan selepas program berkenaan, dia tidak pula menjelaskan apa-apa terhadap saya. Jadi, saya anggap itu hanya gurauan sahaja. Kami juga ada sesi fotografi bersama sebuah majalah sebelum Baim berangkat pulang."
Elfira turut bercerita tentang perkenalannya dengan pelakon Benci Bilang Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda itu.
"Saya meminati Baim. Saya menjadi pengikutnya dengan harapan dia juga menjadi pengikut saya di laman sosial berkenaan. Dari situlah kami mula berhubungan."
sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Ulasan
Catat Ulasan