Gambar Percutian Ashraf Muslim Bersama Dua Isterinya

Gambar Percutian Ashraf Muslim Bersama Dua Isterinya | Satu ketika dahulu tindakan Ashraf Muslim berkahwin kali kedua secara senyap-senyap dalam masa singkat selepas mengahwini isteri pertamanya pernah mendapat kecaman ramai.


 Bagaimana pun masa telah membuktikan Ashraf tahu apa yang dilakukannya.

Sebagai bukti kedua-dua isteri Ashraf iaitu Dayana dan Wan Sakinah kini tidak menghadapi masalah untuk berbaik malah amat akrab terutama selepas kelahiran cahaya mata pertama Ashraf bersama Wan Sakinah.



Terbaru, Ashraf telah membawa kedua-dua isteri dan anaknya bercuti ke Bandung, Indonesia. Ini merupakan percutian kali pertama melibatkan mereka bertiga pada masa sama.






Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Instagram milik Dayana dan Wan Sakinah, kebahagiaan jelas terserlah pada keluarga ini – sesuatu yang sukar diperoleh oleh lelaki yang berbini lebih daripada satu.


Ulasan

Catatan Popular