Dynas Mokhtar Nafi Rumahtangganya Sedang Bergolak

Dynas Mokhtar Nafi Rumahtangganya Sedang Bergolak | Pengacara serta pelakon, Dynas Mokhtar menolak dakwaan rumahtangga yang dibina bersama suami, Hafizy Hafiz sejak enam tahun lalu kini sedang bergolak.


Dynas bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai gosip yang timbul dan menganggap ia sebagai lumrah dan harga yang perlu dibayarnya sebagai seorang  artis.

“Tiada apa yang perlu saya perkatakan mengenai perkara ini. Alhamdulillah, rumahtangga kami masih baik. Saya masih di sini bersama anak-anak dan gosip yang timbul tidak benar sama sekali,” ujar Dynas sambil menafikan dia ada pergi ke mahkamah untuk mengambil borang perceraian.


“Bila masa saya pergi ke sana dan pasti ke itu adalah saya? Saya baca banyak benda yang mengarut di internet dan apabila gosip ini timbul, saya dan suami hanya ketawa sahaja. Tiada apa yang saya nak cakap lagi mengenai isu ini sebab dari empat tahun lepas benda yang sama saja timbul.

Bagi saya, kerja adalah kerja dan kisah peribadi biarlah ia kekal menjadi peribadi. Saya tak suka masalah keluarga diperkatakan umum,”

Ulasan

Catatan Popular